Sunday, 18 August 2019

Cara membuat caruman EIS / SIP mengunakan PORTAL ASSIST

Assalamualaikum & Hi Semua.

Posting ini sambungan daripada posting Cara membuat caruman SOCSO menggunakan PORTAL ASSIST. < click untuk view.

Sekarang kita tengok Cara membuat caruman EIS / SIP. 

Aku dah siap print screen untuk memudahkan semua, so tak perlu geledah Portal ASSIST sampai tak jumpa jalan keluar  ambil masa yang lama mengadap portal ni.


Log in macam biasa la yer, tengok posting sebelum ini.


Tadaaaaa...



Click My Sites > Click EIS-CONTRIBUTION

*Refer icon arrow yang dah ditujukan pada setiap gambar.

Seterusnya....


Click Employer Contribution > Click Add Contribution (Data Entry)

Seterunya...



Click icon 👆 (Jari telunjuk)

Refer contribution month and year yang nak dicarum. Macam aku dah cakap sebelum ini jika nampak list dalam ini banyak atau tertekan ARREARS CONTRIBUTION or SHORT CONTRIBUTION, (Jangan Pening2). Pilih Contribution month yang nak dicarum & tekan jer icon 👆 yang berkenaan.

Seterusnya....


Click icon ✏ (pencil)
untuk edit Salary jika ada perubahan kalau tak ada perubahan tak perlu edit, untuk Amount contribution tu memang auto keluar, portal tu dah kira so tak payah pening2.

Dah siap boleh click button  SAVE DRAFT (simpan dulu jika ada perubahan atau penambahan), jika tiada sebarang perubahan boleh terus ke button COMPLETE untuk dan terus SUBMIT untuk ke step pemabayaran.

Tapi aku pilih untuk..

Click button SAVE DRAFT

Seterusnya...


Click Seacrh > Click Add Contribution Draft
Make sure sekarang ini still ada dalam page EIS-CONTRIBUTION, macam mana nak tau tengok sebelah logo PERKESO.

Seterunya.....



Click Icon ✏ (Pencil)

Seterunya....


Click Icon ✏ (Pencil)

Tak perlu click button submit lagi, sebab kalau click juga portal akan minta complete employee (s) Details. Tgk pada gambar still "incomplete".

So lepas click icon ✏, just edit mana perlu, kalau tak ada apa perubahan click button COMPLETE. (sorry terrrr skip print screen page yang ada button complete).

lepas COMPLETE > Click button SUBMIT


Click button CONFIRM

Lepas confirm boleh print ACR dan Proceed To Payment/Summary.

Bila dah click proceed to payment, anda boleh terus ke proses pembayaran.


Untuk setakat ini aku log out sebab aku buat dari rumah, dan bila lady bos aku free dia buat pembayaran.

so seterusnya kita pergi ke proses pembayaran selepas log in semula.


Click My Sites > Click EIS-COLLECTION

Seterusnya....


Click Online Portal Payment

Seterunya...



Click / Tick pada kotak (refer arrow no.1) 
click untuk payment yang berkenaan.

Click button ADD TO CART

Click button PROCEED TO SUMMARY

***Selepas itu keluar paparan untuk pembayaran, just follow nak bayar guna apa, bank apa. 



Okay, dah siap la caruman SOCSO dan EIS mengunakan Portal ASSIST. Sekian. Kalau posting ni membantu yang lain, boleh click SHARE. Thanks!! ❤❤❤



Saturday, 17 August 2019

Cara mengunakan Portal Assist | Cara membuat caruman SOCSO/Perkeso dan SIP/EIS | User guide for Portal ASSIST

Assalamualaikum & Hi semua.

Okay untuk penulisan hari ini, taip secara skema & serius, mungkin berguna pada aku untuk rujukan pada masa akan datang atau berguna untuk orang lain yang nak cepat & tak cukup masa nak explore sendiri atau tak faham manual jenis ayat yang PERKESO sediakan. (gambar page Portal ASSIST semua ni aku print screen beberapa hari lepas masa tolong carumkan untuk company xladybos...hehehe).


Portal Perkeso adalah khusus untuk caruman AKTA 4 : AKTA KESELAMATAN SOSIAL PEKERJA, iaitu skim bencana pekerjaan dan & skim keilatan.


5 Fungsi Portal Assist
1) Pendaftaran Perusahaan Baru & Pekerja
2) Kemaskini butiran caruman skim bencana pekerjaan & skim keilatan
3) Jana ACR ( Acknowledgement Contribution Received)
4) Pembayaran Caruman
5) FCLB ( Faedah Caruman Lewat Bayar)

5 fungsi ini penting untuk semua yang bergelar majikan.

Untuk socso dah wujud lama, untuk EIS (Employee Insurance System) atau dalam B.Melayu SIP ( Sistem Insurans Pekerja) baru diperkenalkan pada tahun 2018.

Untuk soalan yang aku senarai kat bawah ini sila pergi ke website PERKESO.
1) Apakah itu SOCSO & EIS?
2) Bagaimana pengiraan SOCSO & EIS?
3) Apa perbezaan SOCSO & EIS?
4) Apa kebaikan SOCSO & EIS?

Sekarang ini aku akan share cara membuat caruman SOCSO dan EIS mengunakan Portal Assist. (Pembayaran SOCSO dan EIS secara online)


Tadaaaa...

link untuk Portal Assist   << Click


Log in dengan email dan kata laluan yang telah didaftarkan.

selepas log in muncul page kat bawah ni.

 

Arrow no. 1 : nama pemilik syarikat
 Arrow no. 2 : Employer name : nama syarikat
  Employer code : kod pemilik


*setiap page ini aku dah tutup P&C company.

Okay, seterusnya kita terus ke cara caruman SOCSO




Click My Sites > Click SOSCO-CONTRIBUTION

Sila tumpukan mata pada anak panah/arrow  ←  . Setiap gambar dalam ini aku dah letak arrow, senang sangat dah, tak perlu pening-pening nak geledah portal ni.

Seterusnya..


Click Employer Contribution > Click Add Contribution (Portal)

Seterusnya..



Click icon 👆 (Jari telujuk)
                                   
Jika list pada page ini paparkan banyak bulan atau tertekan Arrears Contribution atau Short Contribution, (Jangan Pening).  Pilih contribution month yang nak dicarum dan tekan pada icon jari telunjuk tu 👆.

Seterusnya.....


Click pada icon ✏(pencil)

Jika ada perubahan pada salary boleh edit pada setiap pekerja. Amount SOCSO tersebut akan auto dikira oleh Sistem.

(aku silap print screen, tak full print screen) Sepatutnya nampak Total Employee (s) & Total Contribution Amount.

Dah siap edit, terus scroll ke bawah boleh click button SAVE DRAFT atau COMPLETE. Jika complete anda boleh submit dan terus membuat pembayaran, tetapi untuk posting ini aku tunjuk SAVE DRAFT, kalau save draft boleh semak semula, atau ada apa-apa boleh diubah.

Seterusnya...


Click Search > Click Add Contribution Draft

Seterusnya....


Click Search > Click Icon ✏ (pencil)

Seterunya...



Click Icon ✏ (pencil)

Jangan tekan atau tak perlu tekan submit, sebab pada Imployee (s) detail masih "incomplete".

Seterusnya...


Click button COMPLETE
Tetapi jika ada perubahan masih boleh edit, click icon ✏

Seterusnya....


Click Button SUBMIT

Seterusnya...


Paparan sepatutnya ada button PRINT ACR dan PROCEED TO PAYMENT

Print ACR ni pun kadang berfungsi kadang tak berfungsi tak pasti kenapa, yang penting kita buat payment dan data memang confirm masuk dalam database portal ini dan PERKESO juga akan email selepas membuat pembayaran. (setakat sini je aku buat, sebab aku buat dekat ruamh nanti ladybos aku sambung seterusnya dan dia akan buat payment)


Seterusnya cara membuat bayaran jika tidak proceed payment untuk page sebelum ini.



Click My Sites > Click SOCSO-COLLECTION


Seterusnya..


Click Online Portal Payment (tgk pada arrow size besar)

Click / Tick pada kotak 𖢐 (tgk arrow no. 1)

Click button Add To Cart

**Jika sebelum ini anda telah create atau tidak sengaja create ACR so list pada jadual ini banyak, anda hanya perlu click pada kotak yang berkenaan sahaja.


Seterusnya...


Click button PROCEED TO PAYMENT

***Selepas tu ada paparan pembayaran, just follow nak bayar guna apa, bank apa.



Nanti aku sambung cara untuk membuat Caruman EIS / SIP menggunakan PORTAL ASSIST.
(sebenarnya cara lebih kurang macam Caruman SOCSO).


Okay, setakat ini sahaja, sekian. Jika posting ini berguna mohon share. Thanks! ❤❤❤






Cara membuat caruman EIS / SIP mengunakan PORTAL ASSIST

Assalamualaikum & Hi Semua. Posting ini sambungan daripada posting Cara membuat caruman SOCSO menggunakan PORTAL ASSIST.  < click u...